Kita ikuti wawancara bersama Pak Engku bersama KOSMO
http://gambargambarpelik.blogspot.com/2009/04/misteri-gambar-hantu.html
Kemunculan imej pelik pada hasil fotografi seperti bulatan kabur atau ektoplasma banyak menimbulkan tanda tanya. Semakin ramai percaya bahawa itu adalah jelmaan jin atau syaitan
Tidak cukup dengan menunjukkannya kepada orang lain, pengalaman menangkap gambar itu dipanjangkan kepada bentuk perbincangan, sama ada dari sudut rasional teknikal hinggalah kepada kesimpulan tentang alam mistik dan paranormal.
Fenomena rakaman imej yang luar biasa ini menjadi semakin popular. Malah, enjin carian Google di Internet juga memulangkan lebih 350,000 hasil apabila kata kunci 'tip merakamkan hantu dengan kamera' dimasukkan.
"Jika diizinkan Allah, sesiapa sahaja tidak mustahil untuk mendapat hasil rakaman foto sedemikian. Ia menjadi peringatan kepada manusia tentang kejadian alam ghaib itu," terang Engku Ansaruddin Agus dari Pusat Rawatan Komplimentari Yashfien di Kuala Lumpur.
Menurut Pakar Khidmat Runding dan Nasihat Spiritual itu, kelengkapan perkakasan kamera moden hari ini lebih-lebih lagi yang mempunyai daya prosesan megapiksel tinggi boleh 'menangkap' kehadiran makhluk jin atau syaitan. Kamera dengan upaya tujuh megapiksel atau yang lebih tinggi melebarkan kebarangkalian tersebut.
Dia yang mesra dengan panggilan Pak Engku sudi berkongsi dengan Jurnal koleksi gambar yang memaparkan imej seperti bebola cahaya kabur. Ada juga yang berbentuk ektoplasma iaitu siri pergerakan rawak cahaya. Kebanyakannya diambil pada waktu malam.
Pak Engku meyakini semua itu adalah jelmaan jin atau syaitan. Walau bagaimanapun, dia terbuka pada penilaian sesiapa yang mahu mengaitkannya dengan ralat teknikal, kekotoran pada lensa kamera atau kesan cahaya.
"Silalah menilainya sendiri. Saya amat yakin kerana dua sebab. Pertama, saya pernah mengambil peluang bertanyakan tentang gambar itu kepada seseorang yang sedang dirasuk 'entiti', dan dia mengatakan bahawa bebola cahaya itu adalah 'kawannya'.
"Kedua, saya sendiri pernah bereksperimen dengan mengambil gambar 'entiti' yang telah saya perangkap dalam botol, dan hasilnya tetap sama," terang Pak Engku.
'Entiti' juga boleh terakam dalam bentuk lain seperti segi tiga, pentagon, seperti bebola api ataupun yang berekor. Pak Engku menjelaskan bahawa jika imej itu diteliti secara fokus dalam pembesaran saiz yang berganda, tetap akan kelihatan formasi seperti gumpalan asap.
Berdasarkan pengalamannya, imej yang kabur berkemungkinan besar menunjukkan bahawa 'entiti' itu tidak kuat, agresif atau berbahaya. Imej rakaman yang berwarna merah, biru atau kuning pula menunjukkan perbezaan tenaga dan kekuatan 'entiti' tersebut.
"Jin atau syaitan ini jarang menunjukkan rupa sebenar, namun adakalanya ia 'lebih berani' dengan cuba menyerupai kejadian manusia. Maka, muncullah pelbagai istilah nama-nama hantu seperti yang kita maklum dalam masyarakat kita," katanya.
Pak Engku menyimpulkan bahawa terdapat empat jenis manusia dan kemungkinan hinggakan ia dapat melihat jin dan syaitan, sama ada dengan upaya mata ataupun dengan bantuan peralatan seperti kamera.
"Pertama ialah orang yang memelihara atau bersekutu dengan jin. Lazimnya, ia merujuk kepada mereka yang mewarisi ilmu hitam atau syirik. Kedua, orang yang sakit akibat dirasuk 'entiti' iaitu jin tersebut berada di posisi mata pesakit tersebut.
"Ketiga ialah bayi manakala keempat ialah jin itu sendiri berminat untuk menunjukkan kejadiannya kepada orang yang mahu ia ganggu atau goda," katanya.
Thursday, July 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment